Followers

Blog Archive

Pages

Missing at our happiness







GOOD LUCK MY DEAREST FRIEND

LOVE YOU

say no to :
drugs
monkey love
fiesta
party
television
internet
newspaper
cellphone
hot guy
hot chick
facebook
game
fantasy
shopping
problem
enemies
hardship
dreaming





GADOH - Namron

 



DiBintangi oleh
Namron sebagai Azman
Zahiril Adzim sebagai Khalil
Nicholas Liew Davis sebagai Heng
Amerul Affendi sebagai Zahir
Turut DiBantu oleh
Chew Kin Wah sebagai En Chua
Maya Arissa Tan Abdullah sebagai Cikgu Anne Lee
Ryan Lee Bhaskaran sebagai Raj
Khairil Ridzuan Saharudin sebagai Jan
Intan Diyana Zainal Abidin sebagai Linda
Muhd Hilmi Che Azman sebagai Am
Ivan Chan Chee Pang sebagai Ah Foon
Cher Yew Kay sebagai Ah Seng
Yeo Keong Lee sebagai Lee Wei




Gadoh adalah sebuah filem 'bebas' yang diarahkan oleh Brenda Danker dan Namron. Filem ini merupakan satu projek KOMAS bagi kempen SATU BANGSA MALAYSIA.

Berkisar tentang isu perkauman diantara Melayu dan Cina di negara ini yang divisualkan melalui per'Gadoh'an di antara dua kumpulan pelajar bermasalah yang mewakili ras masing-masing di sebuah sekolah. Stereotaip caci maki, dan generalisasi terhadap Cina, Melayu dan India yang selama ini berpekung dalam diri rakyat Malaysia diluahkan sebebas-bebasnya melalui dialog seperti;.

"Cina makan babi!!! berak tak basuh! Pengotor!!!"

" Melayu pemalas, bodoh pun dapat masuk Universiti"

" Keling mabuk Todi!"

Hah! Terasa panas dengan dialog di atas? Penonton dapat mendengar dialog-dialog 'panas' ini dihamburkan dengan penuh perasaan oleh watak-watak di dalam filem ini. Dialog-dialog yang kasar ini adalah umpama 'raksasa' atau 'hantu' yang bersembunyi di dalam hati majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum selama ini. Ianya wujud dan terpendam, dan hanya diluahkan apabila bersama kelompok-kelompok kaum masing-masing.

Namun apabila dialog ini dilepaskan sebebasnya di dalam filem ini, 'hantu rasis' yang selama ini bersembunyi di dalam hati itu keluar bebas. Penonton diajak untuk berhadapan dengan 'hatu rasis' masing-masing. Ada yang terus meluap-luap kemarahan dan ada yang mula menentang 'hantu-hantu rasis tersebut dari menghantui dan merasuk pemikiran supaya terus membenci kaum lain sedangkan apa, mengapa dan kenapa 'kebencian' itu wujud di dalam diri mereka sebenarnya tidak difahami oleh mereka.

Ini samalah seperti cuba merawati orang yang mengalami 'fobia' terhadap sesuatu perkara. Iaitu dengan mengajaknya untuk berhadapan dengan rasa fobia tersebut. Sebagai contoh, untuk merawat seseorang yang fobia akan kegelapan, kaedahnya adalah dengan membiarkan orang itu berhadapan dengan 'kegelapan' itu sendiri. Samalah dengan filem ini, untuk merawat perasaan 'rasis' itu, maka biarkan mereka (baca: penonton) berhadapan dengan perasaan rasis masing-masing.

alah bisa tegal biasa, apabila 'emosi' sensitiviti terhadap isu yang berkaitan perkauman itu sudah dapat ditangani, maka kebanyakan akal akan dapat mula berfikir secara rasional.

Fikir - apakah puncanya 'rasisme' dikalangan rakyat Malaysia ini terjadi?
Dipetik dari blog (SINEFILEA)

BOLEH TONTON DI YOUTUBE . INI LINKNYA :
 










Tapi saya memang mencadangkan Gadoh ini sesuai untuk pelajar - pelajar sekolah mahupun bukan pelajar sekolah . Bagi saya filem ini , lebih bagus dari cerita Crow Zero yang pelajar agung - agung kan . Cerita ini penuh dengan pelbagai mesej tersurat dan tersirat . 

Semoga kalian mendapat mesej yg berguna melalui filem ini yang diarahkan oleh seniman yang saya sanjungi Namron .

Total Pageviews